Monday 13 February 2012

KeLip-kELip Kampung KuanTan

Trip pegi tengok kelip-kelip or firefly kt Kampung Kuantan ni telah diadakan pada 23-24 July 2011, betol2 seminggu before puasa. Trip ni pun last minit plan with Kak Ayu & the gang.

Tempat yang kami pergi ni kt Kuala Selangor. Jarak from KL lebih kurang 70km. Mase pergi kami ikut jalan Sg Buloh- Kuala Selangor. Jalan kampung so xboleh laju sgt..mase balik plak lalu h/way Latar..mmg laju & clear!

So, here's some of the sneaks peaks from the trip:

Aku dgn Hisyam. Sampai-sampai je terus terjah warung Pak Ali..mkn mee rebus! yumm~

Lepas makan, kami check-in hotel dulu kt Kuala Selangor ni. Murah je hotel ni. RM40.00 per night. Aku 1 bilik dgn Kak Ayu & Kak Tasha while boys 1 bilik lain.

YH Hotel. Ok la untuk tido. Bilik & toilet bersih. Rate ni tak include breakfast ye!

Lepas check-in, dlm lepas asar kitorang trus p minum petang kt Satay Hut. Tempat ni Bazli recommend lepas kitorang blur2 nk makan mana kt K.S'ngor ni. "Satay sini sedap!" katanya. 

Tu diaaaa....2 jenis satay kt sini; satay biasa(kiri) & satay special(kanan). Beza dari segi saiz je.

x muat weh nk sumbat satay special masuk mulut!

Lepas kenyang kami terus ke destinasi utama iaitu Kampung Kuantan. Tempat ni lebih kurang 9 km dari pekan Kuala Selangor. Meh ler aku cerita sket sejarah Kg. Kuantan ni.....tempat ni established masa tahun 1970-an lagi. Mase tu memang dh ade orang yang explore tempat ni byk kelip-kelip & ada potensi untuk jadi kawasan pelancongan. Mase aku pergi tu pun mmg banyak pelancong asing yang dtg nk tgk kelip-kelip nie. 

Sekarang ni lepas lebih kurang 30 tahun beroperasi, ada 27 sampan disediakan untuk pengunjung tgk kelip2. Ye, nk tgk kelip2 ni kene naik sampan ye. Setiap sampan tu maximum 4 orang boleh naik. And sampan tu xde enjin mcm bot laju tu. So,maknenye akan ada orang yang tolong dayung untuk pengunjung. Mase aku mula2 sampai tu mcm yakin x yakin je pakcik tu boleh bawak kami yg,u know...mmg berat lah kan... -_-"

For more info, pls la tgk website ni: http://www.selangorshines.com.my

Muka ceria nk tgk kelip-kelip :D

Buzz kau boleh duduk sopan sket x??
Kami smpai dalam pukul 630 ptg. Lepas beli tiket, sempat la nk round2 tempat ni...Tiket berharga RM40 untuk setiap sampan. 1 sampan boleh muat 4 orang dewasa. So, RM10 per person. Lepas dh dpt tiket tu xda tetapkan waktu pukul berapa nk naik sampan. Tempat ni buka 7pm - 11pm, lepas dpt tiket tu kalau nak naik pukul 10pm pn ok asalkan dah beli tiket dlu sbb tempat limited!


Masa kami sampai tu dh nk sunset..sempat la tgk sunset & ambil gambar. Sangat cantik!! Subhanallah....dh lama aku tak tengok sunset live dari muara sungai....

Taken from my phone camera....sunset at Kampung Kuantan

Courtesy from Bazli
Lepas dapat tiket, kitorang maghrib dulu kt masjid yang terletak betul2 kt depan jeti kelip-kelip ni. So dalam pukul 7.45 kitorang dh start Q nk naik sampan. Mase ni mmg dh ramai org....

Kak Ayu,, Tasha, Wan, Buzz

Ni la suasa masa queue....ramai kan!! bukan orang M'sia je ada...tp mcm2 ada

Info board...segala info psl kelip-kelip & sejarah Kg Kuantan boleh baca kt sini

Kami yang ceria & setia menunggu

Bujang Lapok
Yeayyy~ muka excited nk naik 'gondola'

hehe..Buzz, Hisyam & Fizie
Ada lah dalam 20 min naik sampan tu....tapi gambar kelip2 yang kami ambil xmemuaskan lah...nampak dgn mata ade kelip2...tp bila snap gelap je...so kepada kawan-kawan yang nk tgk kelip-kelip tu, apa kata terus pergi je kt Kg Kuantan ni & tgk sendiri kecantikan diorang nie :)

Kuat abg tu mendayung diorang ni...hehe

Lepas balik daripada tgk kelip-kelip ni kami singgah untuk dinner kt Aroma Seafood kt Jeram, Kuala Selangor....hummm perut dah lapar,jadinya mmg mkn besar lah kami mlm tu!

Antara lauk-lauk kami mlm tu...yummm~


Happy faces!! Jemput makan semua..bismillah~

Makan mlm tersebut ditaja oleh Kak Ayu..Thanks sis! kenyang sangat2...alhamdulillah....lepas mkn ni terus balik hotel & zZzZzzz....

Esok pagi tu sempat la sarapan kt pekan Kuala Selangor sebelum bertolak blk KL....aku, Hisyam & Buzz terus ke KL while Kak Ayu, Fizie, Tasha & Wan jalan2 lagi kt kuala selangor tgk lighthouse etc....

**Most pictures courtesy of Bazli...hehe thanks buzz....bila lagi ntah boleh buat trip cmni lagi! huuuu~









2 comments:

  1. jom2..dah lama xda trip ni..tapi tgu aku tuko keje la ye..

    ReplyDelete
  2. kenapa tunggu ko tukar keje? skang xbest ke?ha cmtu cpt2 ;ah tukar keje! :D

    ReplyDelete