Monday 13 February 2012

KeLip-kELip Kampung KuanTan

Trip pegi tengok kelip-kelip or firefly kt Kampung Kuantan ni telah diadakan pada 23-24 July 2011, betol2 seminggu before puasa. Trip ni pun last minit plan with Kak Ayu & the gang.

Tempat yang kami pergi ni kt Kuala Selangor. Jarak from KL lebih kurang 70km. Mase pergi kami ikut jalan Sg Buloh- Kuala Selangor. Jalan kampung so xboleh laju sgt..mase balik plak lalu h/way Latar..mmg laju & clear!

So, here's some of the sneaks peaks from the trip:

Aku dgn Hisyam. Sampai-sampai je terus terjah warung Pak Ali..mkn mee rebus! yumm~

Lepas makan, kami check-in hotel dulu kt Kuala Selangor ni. Murah je hotel ni. RM40.00 per night. Aku 1 bilik dgn Kak Ayu & Kak Tasha while boys 1 bilik lain.

YH Hotel. Ok la untuk tido. Bilik & toilet bersih. Rate ni tak include breakfast ye!

Lepas check-in, dlm lepas asar kitorang trus p minum petang kt Satay Hut. Tempat ni Bazli recommend lepas kitorang blur2 nk makan mana kt K.S'ngor ni. "Satay sini sedap!" katanya. 

Tu diaaaa....2 jenis satay kt sini; satay biasa(kiri) & satay special(kanan). Beza dari segi saiz je.

x muat weh nk sumbat satay special masuk mulut!

Lepas kenyang kami terus ke destinasi utama iaitu Kampung Kuantan. Tempat ni lebih kurang 9 km dari pekan Kuala Selangor. Meh ler aku cerita sket sejarah Kg. Kuantan ni.....tempat ni established masa tahun 1970-an lagi. Mase tu memang dh ade orang yang explore tempat ni byk kelip-kelip & ada potensi untuk jadi kawasan pelancongan. Mase aku pergi tu pun mmg banyak pelancong asing yang dtg nk tgk kelip-kelip nie. 

Sekarang ni lepas lebih kurang 30 tahun beroperasi, ada 27 sampan disediakan untuk pengunjung tgk kelip2. Ye, nk tgk kelip2 ni kene naik sampan ye. Setiap sampan tu maximum 4 orang boleh naik. And sampan tu xde enjin mcm bot laju tu. So,maknenye akan ada orang yang tolong dayung untuk pengunjung. Mase aku mula2 sampai tu mcm yakin x yakin je pakcik tu boleh bawak kami yg,u know...mmg berat lah kan... -_-"

For more info, pls la tgk website ni: http://www.selangorshines.com.my

Muka ceria nk tgk kelip-kelip :D

Buzz kau boleh duduk sopan sket x??
Kami smpai dalam pukul 630 ptg. Lepas beli tiket, sempat la nk round2 tempat ni...Tiket berharga RM40 untuk setiap sampan. 1 sampan boleh muat 4 orang dewasa. So, RM10 per person. Lepas dh dpt tiket tu xda tetapkan waktu pukul berapa nk naik sampan. Tempat ni buka 7pm - 11pm, lepas dpt tiket tu kalau nak naik pukul 10pm pn ok asalkan dah beli tiket dlu sbb tempat limited!


Masa kami sampai tu dh nk sunset..sempat la tgk sunset & ambil gambar. Sangat cantik!! Subhanallah....dh lama aku tak tengok sunset live dari muara sungai....

Taken from my phone camera....sunset at Kampung Kuantan

Courtesy from Bazli
Lepas dapat tiket, kitorang maghrib dulu kt masjid yang terletak betul2 kt depan jeti kelip-kelip ni. So dalam pukul 7.45 kitorang dh start Q nk naik sampan. Mase ni mmg dh ramai org....

Kak Ayu,, Tasha, Wan, Buzz

Ni la suasa masa queue....ramai kan!! bukan orang M'sia je ada...tp mcm2 ada

Info board...segala info psl kelip-kelip & sejarah Kg Kuantan boleh baca kt sini

Kami yang ceria & setia menunggu

Bujang Lapok
Yeayyy~ muka excited nk naik 'gondola'

hehe..Buzz, Hisyam & Fizie
Ada lah dalam 20 min naik sampan tu....tapi gambar kelip2 yang kami ambil xmemuaskan lah...nampak dgn mata ade kelip2...tp bila snap gelap je...so kepada kawan-kawan yang nk tgk kelip-kelip tu, apa kata terus pergi je kt Kg Kuantan ni & tgk sendiri kecantikan diorang nie :)

Kuat abg tu mendayung diorang ni...hehe

Lepas balik daripada tgk kelip-kelip ni kami singgah untuk dinner kt Aroma Seafood kt Jeram, Kuala Selangor....hummm perut dah lapar,jadinya mmg mkn besar lah kami mlm tu!

Antara lauk-lauk kami mlm tu...yummm~


Happy faces!! Jemput makan semua..bismillah~

Makan mlm tersebut ditaja oleh Kak Ayu..Thanks sis! kenyang sangat2...alhamdulillah....lepas mkn ni terus balik hotel & zZzZzzz....

Esok pagi tu sempat la sarapan kt pekan Kuala Selangor sebelum bertolak blk KL....aku, Hisyam & Buzz terus ke KL while Kak Ayu, Fizie, Tasha & Wan jalan2 lagi kt kuala selangor tgk lighthouse etc....

**Most pictures courtesy of Bazli...hehe thanks buzz....bila lagi ntah boleh buat trip cmni lagi! huuuu~









Saturday 11 February 2012

Let's get Wet wiTh Ze ELePhaNt!

First of all entry ni mmg dh sangat2 lama sepatutnya dimasukkan ke dalam blog nie, tapi disebabkan banyak sangat kekangan oleh waktu dan keadaan ditambah jugak dengan masalah internet yg lembab, jd nya after 8 months baru dpt post...hehe

Ok, now nak cerita kisah pegi bermandi manda dgn gajah kt Elephant Sanctuary di Kuala Gandah, Pahang. tempat ni lebih kurang 160km (approx. 2 hours drive) from KL. Ikut h/way Karak & exit kat Lanchang. From tol tu akan ada signboard pegi tempat ni...senang jewww~ so jgn risau kalau sesat pun :D

Tanpa membuang masa, let's cekidaut~

Kami yang on the way...masa ni pakai GPS sebab takut sesat...tapi rupa2 nya banyak je signboard lepas tol Lanchang tu


Dekat kaunter...ambil tiket dulu

Elephant Sanctuary ni sebenarnya buka sepanjang hari daripada pagi smpai lewat petang. Tapi sesi nak mandi & naik gajah buka hanya 2.00 - 4.30 ptg. However kitorang smpai kt sini pagi2 dalam pukul 10 untuk ambil pass nk mandi & naik gajah sebab pass ni limited everyday.

Masa ni kami yang ber8 ni cuma dapat 4 pass untuk naik gajah...see, kan kata mmg limited! :( oh ya! masuk tempat ni adalah percuma ye....sebab tu pass ni senang habis & very limited.

~The Ladies~
and Gentlemen....
Oleh kerana mase ni kitorang ada lg lebih kurang 4 jam nk tunggu untuk naik gajah ni, maka kami berjalan2 lah sekitar tempat ni.... ada Deerland Park or Taman Rusa..tempat ni nk masuk kene beli tiket. RM5 per pax (dewasa) and RM3 (kanak2)

Jangan merungut kalau nk masuk Deerland ni kene bayar sbb tempat tu private and ada management sendiri manakala elephant sanctuary tu di manage oleh kerajaan Pahang dgn kerjasama Tourism Malaysia & Jabatan Perhilitan :) (Ha tu diaaa....pemandu pelancong hbss!)

dpn deerland with Hilal 

Kami with Shah & Fiz Hilda 

Sempat melepak baca paper n gossip sementara tunggu nk masuk Deerland

Contoh nk bagi makan kt rusa by Hilal 

Rusa pun lari xnak bergambar dgn kami..maybe sebab xmandi pagi kot! :P

Haa kt dia ni nak pulak!

Shah lepas kene 'kiss' dgn rusa gay

oink oink

Dalam ni ade mcm2 binatang selain daripada rusa... ada kucing hutan, ayam & burung pelbagai jenis...oh ya! ular pun ade! yg ular tu sumpah aku memang geli habis! euwwwwwww~

Ok! enough for 1 pic je...muka buat2 berani je dgn ular tu padahal lepas tu terus pecut 10m ke belakang
Tapi the main attraction kt deerland ni ialah seekor beruang matahari yang bernama.......errrr (x ingat!) hahaha... kerja dia minum susu n makan gula2 je...comel sangat2~

Masing2 cuak...tengok kuku dia sudah! aiyooo....

Us with the bear...hoyeah~
Mase keluar daripada deerland ni kami ada masa lagi 3 jam nk tunggu elephant tu...ye, deerland ni takde la besar mana...so, round2 dalam 40 min - 1 jam dh settle! Ada masa free lagi tu Shah & Naz ajak memancing...mula2 kami the ladies ingat boleh la jalan2 sambil camwhoring kt mana2 tapi disebabkan xde tempat lain dah pegi, maka kami ikut lah semua2 pun ke kolam memancing!

Gaya si pemancing tegar

dah dapat 1!

Ni ikan yang sama je...Shah yang dapat pun... :D
Dan akhirnya tiba lah acara yang ditunggu2...kami terus ke kandang gajah semula and get ready to be wet!

sesi ice-breaking dulu..hehe!

Mari posing!

auummm!! (xtau bunyi gajah)

sementara tunggu nk naik elephant phant phant!

muka excited!

weehuuu~~

E-L-E-P-H-A-N-T
Gajah2 ni semua sambil jalan sambil berak...hahaha so kami mmg sentiasa berhati-hati semasa berada di kawasan laluan encik gajah ni...tp jgn risau sebab 'the thing' tu besar & senang nampak..hehe

dah mula dah...

1 2 3 splaasshhhhh~~
mase bermandi-manda ni kurang sket ambil gambar so ni je la gambar menarik yg ade..hehe!

me with Naz

Fiz & Shah...mase ni diorang baru kawen...inai pun ada lagi...skang dh  7 months pregnant...congrats korang!

tunggu turn...

Figo & Syed
Best jugak mandi dgn gajah ni...smpai menggigil masing2...hehe...lambat gak kami keluar ptg tu...dlm pukul 4 baru settle semua...

nak balik dah...bye2 elephants!
ahli rombongan

yeayy! mission accomplised~
ok til then~ <3 <3 <3